Saturday, 5 May 2012

PERHARGAAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin restunya saya berjaya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Husna Faredza binti Mohamed Redzwan pensyarah kursus BML3073 Sosiolinguistik Melayu, Fakulti bahasa dan Komunikasi kerana telah mendorong saya untuk mengenali dan menggunakan blog, ini merupakan penulisan blog saya yang pertama. Tidak lupa juga kepada rakan yang banyak membantu saya dalam mengendalikan blog yang baru saya kenali ini. Semoga Allah merahmati kamu semua. =)

Friday, 4 May 2012

TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih tidak adalah sebaik-baiknya budaya yang boleh kita amalkan, tampaknya tidak lekang dari mulut orang Malaysia kita ini walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masih ada segelintir masyarakat kita yang terbuku sifat ego dan sombong. Tetapi pada hari ini saya menemui salah sesorang pengamal budaya yang mulia ini di sebuah pada satu pagi ketika hendak ke kelas. Sebaik sahaja lif terbuka lalu saya segera masuk di dalamnya. Saya terpadang seseorang yang sedang menuju kea rah lif yang sama. Memandangkan hanya saya seorang sahaja dalam lif tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu dia. Sebaik sahaja dia memasuki lif, ucapan terima kasih terus keluar dari mulutnya dengan lemparan senyuman yang ikhlas. Hati saya berasa sejuk mendengar ucapan tersebut.


"Terima kasih ye.."
"Sama-sama"


Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih, tetapi ia cukup bermakna. Itulah tanda hormat kita sesama manusia. Tinggi bangsa kerana budaya!

Thursday, 3 May 2012

ADAB MAKAN

Dalam masyarakat Melayu amat menitik beratkan adab semasa makan. Adab semasa makan akan memperlihatkan personaliti seseorang. Dalam masyarakat Melayu, berbual semasa makan sangat dilarang salam sekali. Namun pada hari ini amalan adab makan hanya terpandang sepi begitu sahaja. Semasa makan di sebuah gerai saya sempat menyaksikan sekumpulan yang sedang makan. 

      Keadaan menjadi hingar-bingar dengan gelagat mereka yang membuat bising. Tingkah laku mereka menganggu ketenteraman pelangan-pelangan yang ada dalam gerai tersebut. Mereka berbual-bual dengan kuat sekali tanpa menghiraukan orang lain. Kadang-kala tercetus tawa mereka mengemakan gerai tersebut. Walaupun dalam gerai tersebut turut ada warga-warga emas, kanak-kanak dan bayi yang sedang makan,mereka masih tidak mempedulikan.

     Adab melambangkan adat. Adat melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan negara. Sebagai masyarakat yang mempunyai adab dan adat, kita mestilah mematuhi dan mengikutinya. Keadaan seumpama ini memperlihatkan masyarakat kita yang miskin dengan adab dan adat dalam diri mereka. Jika mereka masih berkelakuan seumapama ini menyebabkan mereka tidak akan dihormati orang lain. Jika ada warga asing di gerai tersebut, sudah pasti mereka beranggapan beginilah adab masyarakat orang Melayu. Mereka akan memberitahu kepada warganya sekembalinya mereka kelak. Sudah pasti Malaysia akan tercemar dengan adab-adab yang tidak elok dan manis jika dipandang orang. Oleh itu sebagai masyarakat kitalah yang seharusnya menjaga adad, adab, budaya dan nama negara kita agar terus dipandang tinggi oleh semua manusia.

Wednesday, 2 May 2012

media sebagai contoh


Dalam percakapan seharian kita, kita masih menggunakan percampuran bahasa. Sudah pasti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Mengapa hal ini masih berlaku. Adakah pegangan kita terhadap bahasa Melayu masih belum kuat. Semasa mendengar siaran radio saya sempat menangkap pengucapan yang mencampuradukan bahasa.


"Kamu semua boleh muat turun dan download pada……."


Itulah ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut. Sebagai media yang menjadi alat komunikasi dalam membantu memantapkan bahasa Melayu, seharusnya penyampai radio tersebut menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Jika media seupama ini tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik, bagaimana untuk menjadi contoh kepada orang lain. Oleh itu sebagai media penyampai maklumat, mestilah menyampaikan dalam bahasa yang betul dan memudahkan para pendengar memahaminya

Tuesday, 1 May 2012

"GILA"

Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai kata penegas yang tersendiri. Misalnya partikel -lah. Penggunaan kata penegas ini adalah betul dalam ayat bahasa Melayu. Namun pada hari ini, kata penegas dalam bahasa Melayu telah berubah. Penguna bahasa Melayu dengan sewenang-wenangnya menggunakan kata penegas yang dirasakannnya sedap didengar. Kata penegas baharu adalah "gila".


"Wei lapaq gila ni"

"Laju gila dia bawak keta"

"Jauh gila dia tendang bola tu"


Penggunaan kata penegas "gila" ini semakin tersebar luas dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Apa-apa sahaja yang diujarnya pasti akan menggunakan kata penegas "gila". Walaupun kata penegas ini salah daripada hukum bahasa Melayu, tetapi di situ perkataan gila nampak penegasannya. tidak mustahil pada masa akan datang kata gila akan menjadi kata penegas yang baharu dalam penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkataan gila ini bagi saya sendiri sudah tidak elok untuk didengar atau dipertuturkan kerana tidak menunjukkan sebarang kesopanan. Budaya yang mengamalkan kosa kata yang tidak sopan ini harus kita tangani bersama sebelum menjadi sebati dalam kalangan mmasyarakat kita.

Monday, 30 April 2012

PERANCANGAN BAHASA

Kebanyakan tugas pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu (BM) ditanggung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), badan perancangan bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1956. F.X. Karam (1974) menganggap DBP sebagai satu badan yang menjalankan atau mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yang berkaitan, iaitu perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan, kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri, iaitu penentuan norma, kondifikasi norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamus (teknikal dan bukan teknikal) dan penyebaran norma-norma ini kepada pengguna-pengguna. Satu tinjauan sepintas lalu akan kegiatan-kegiatan DBP dapat menggambarkan kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan.


Konsep perancangan bahasa
Menurut Haugan (1972:287), perancangan bahasa ialah aktiviti normatif sesebuah akademi atau jawatankuasa bahasa, semua bentuk aktiviti yang dikenal nama pemupukan bahasa (language cultivation) dan semua cadangan yang menuju kea rah reformasi bahasa atau penyeragaman.


Menurut Rubin & Jernudd (1971), perancangan bahasa meliputi kegiatan-kegiatan yang membawa perubahan kepada bahasa yang ‘dirancangkan oleh badan-badan yang ditubuhkan khas untuk tujuan-tujuan ini atau yang diberikan mandat untuk menjalankan tugas-tugas ini.’(Ham. xvi). Badan-badan ini dinamakan badan perancangan bahasa.


Tujuan penubuhan DBP
Di Malaysia, badan yang penting dalam perancangan bahasa ialah DBP yang ditubuhkan sebagai satu jabatan dalam Kementerian Pendidikan pada tahun 1956. Di awal penubuhan DBP, badan ini bergelar Balai Pustaka, namun atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III, namanya diubah kepada namanya sekarang DBP. Pada tahun 1959, melalui Akta Parlimen, DBP berubah menjadi sebuah perbadanan.


Tujuan utama penubuhan DBP ialah untuk memupuk dan memperkaya BM melalui penyelidikan, penerbitan, dan penyebaran bahan-bahan dalam BM. Sejak lebih 30 tahun penubuhannya, banyak kemajuan telah dicapai. Antara aktiviti yang telah dilakukan DBP termasuklah :

1. Yang bersifat mempopularkan BM
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada peringkat awal penubuhannya dan bertujuan untuk memperkenalkan kebolehan dan kemampuan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan.


2. Pemodenan bahasa
Dalam bidang ini termasuklah kegiatan penyelidikan dan penyediaan aspek-aspek bahasa yang bertujuan untuk melengkapkan BM sesuai dengan tugas-tugas baharunya. Aktiviti yang paling Berjaya pemodenan perbendaharaan kata, iaitu penciptaan istilah-istilah baru. Kegiatan-kegiatan lain ialah penyediaan kamus, buku-buku teks, dan bahan-bahan bacaan termasuklah penghasilan majalah-majalah dan risalah tentang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.


3. Penyeragaman bahasa
DBP cemerlang menjayakan penyelesaian masalah ejaan, terutama tercpainya ejaan bersama Melayu-Indonesia pada tahun 1972. Aspek-aspek lain ialah penyeragaman tatabahasa dan sebutan.


4. Pemupukan kesusasteraan
DBP berfungsi sebagai sumber penghasilan dan penyebaran bahan-bahan kesuasasteraan.


5. Penerbitan
DBP mengadakan bahan bacaan, terutama buku-buku teks untuk institusi pengajian. DBP turut menerbitkan majalah yang bermutu dan mendapat sambutan.


Laporan Tahunan 1986 :


a) Pembinaan dan pengembangan bahasa
Ini dicapai melalui kegiatan dalam bidang-bidang seperti penyelidikan, peristilahan, perkamusan, dan pelaksanaan.


Dalam bidang penyelidikan, aspek-aspek yang dikaji ialah korpus bahasa, kaji selidik pemasyarakatan bahasa, pembinaan pangkalan data bahasa kebangsaan dan penyusunan dan penulisan sejarah bahasa Melayu.


Dalam bidang peristilahan, matlamat adalah untuk membina dan memperkaya peristilahan Melayu dan menyebarkan penggunaannya pada peringkat kebangsaan dan rantau Asean. Contoh MABBIM.


Bahagian perkamusan menerbitkan pelbagai jenis kamus yang dapat mencerminkan kedudukan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Pada tahun 1986, DBP terlibat dalam usaha menerbitkan lima buah kamu, iaitu Kamus Inggeris-Melayu, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Kamus Berilustrasi Bahasa Malaysia, Kamus Ilmu Sains Am, dan tambahan kepada Kamus Dewan.


Unit pelaksanaan Bahasa Kebangsaan bertujuan meningkatkan taraf penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu di sector awam, sector pendidikan, media massa, dan masyarakat umum. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ceramah, kursus, penyemakan, dan penyebaran maklumat.


b) Pembinaan dan pengembangan sastera
Pada tahun 1986, tiga projek baru dimulakan, iaitu Kumpulan Pantun Melayu, Malaysia Dalam Puisi, dan Panduan Teks Melayu Klasik. Terdapat juga Glosari Istilah Kesusasteraan, Wajah (Biografi Penulis) (edisi kedua), Kaji Selidik Pembaca Sastera, Konsep dan Pendekatan Sastera, penerbitan novel-novel Melayu sebelum Perang Dunia Ke-2, Sejarah Kesusasteraan Melayu II, dan Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik.


DBP juga memperkenalkan Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Malaysia, Penulis Tamu DBP, Kelab Sastera, ceramah dan bengkel serta kegiatan bertaraf antarabangsa seperti Pengucapan Puisi Kuala Lumpur.


c) Penebitan buku dan majalah
Pada tahun 1986, 376 judul buku berjaya diterbitkan, iaitu 204 judul baru dan 172 judul yang dicetak semula. Pembahagian judul dibahagi kepada bidang bahasa 48 (27 buah), sastera 142 (75 buah), sains 74 (41 baru), kemanusiaan 67 (43 baru), agama/baru 29 (11 baru), dan seni dan budaya 16 (7 baru).


Dalam penerbitan majalah dan jurnal, DBP meneruskan penerbitan lima buah majalah dan sebuah jurnal pada setiap bulan. Antara majalah yang diterbitkan DBP ialah Dewan Masyarakat 50,000, Dewan Sastera 4,000, Dewan Budaya 4,000, Dewan Siswa 13,000, Dewan Pelajar 36,000, dan jurnal Dewan Bahasa 3000.


Bahagian penerbitan Am juga mengadakan program pembangunan penerbitan, antaranya Bantuan Dermacipta, Minggu Remaja, dan Minggu Kawanku Buku.

Friday, 27 April 2012

PERIBAHASA DAN PANTUN

Masyarakat melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam memberi nasihat kepada anak-anak, memberi sindiran, teguran dan sebagainya. Masyarakat Melayu juga tidak lekang dengan peribahasa ataupun pantun yang sudah menjadi kebiasaannya pada orang Melayu. Kaedah inilah yang digunakan oleh orang Melayu. Misalnya:


Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong bercicirian.

Bermaksud:
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah ditangan hilang pula.

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Manakan dapat sagunya.

Bermaksud: 
Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah-payah.


Selain itu juga, penggunaan pantun juga sering digunakan dalam menyampaikan maksud.

Misalnya

Pohon pepaya di dalam semak,
Pohon manggis sebesar lengan,
Kawan ketawa memang banyak,
Kawan menangis diharap jangan.

Oleh itu sebagai masyarakat melayu kita mestilah menjaga adat ini supaya tidak ditelan zaman. Hal ini demikian kerana peribahasa kadang-kala memperilhatkan keintiman masyarakat dengan alam sekitar.

Thursday, 26 April 2012

KATA PEMERI

Dalam percakapan seharian kita, kadang-kala kita tidak menggunakan bahasa dengan betul. Kita sememangnya menggunakan bahasa yang dirasakan lebih difahami. Dalam penggunaan kata pemeri, kita juga seringkali salah menggunakannya. Kata pemeri terbahagi kepada ialah dan adalah. Menurut Nik Safiah Karim, kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama.

contohnya:

Bahasa ialah pertuturan yang digunakan oleh masyarakat untuk berinteraksi.

Pertandingan itu adalah sengit.

Menurut Abdullah Hassan, kata pemeri ialah digunakan untuk menyatakan definisi. Manakala kata pemeri adalah digunakan untuk menyatakan atau memerihalkan sesuatu. Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama. Kata pemeri adalah pula boleh hadir di hadapan kata adjektif, kata kerja, dan kata tanya. Oleh itu sebagai penutur bahasa Melayu kita mestilah menggunakan bahasa dengan betul dan baik. Jika kita tidak pasti akan hal tersebut, rujuklah Tatabahasa Dewan.

Wednesday, 25 April 2012

AKRONIM DAN SINGKATAN

Akronim ialah perkataan-perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian kata. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata, atau bahagian-bahagian daripada perkataan. 

Akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis;

1) Cantuman huruf awal perkataan.
     ADUN - Ahi Dewan Undangan Negeri
     IKIM   - Institut Kefahaman Islam Malaysia

2) Cantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan
    Jentolak - Jentera Tolak
    Angkubah - Angka Ubah

3) Cantuman suku kata awal perkataan
     Hakis - Habis kikis
     Asbut - Asap kabut

4) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
    Jurutera - Juru Jentera
    Pulihara - Pulih Pelihara

Singkatan pula ialah perkataan yang tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya. Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang. sebagai contoh;

YB             - Yang Berhormat
YAM         - Yang Amat Mulia
AMN         - Ahli Mangku Negara 

Dr.            - Doktor
Prof.         - Prof.
Sdr.          - Sdr.

b.p           - bagi pihak
s.k           - salinan kepada
u.p           - untuk perhatian
dsb          - dan sebagainya
spt           - seperti

Tuesday, 24 April 2012

MAT DERIS KARAOKE






KESALAHAN:
Pelanggaran hukum Diterangkan dan Menerangkan (D-M) dan kesalahan ejaan.

PEMBETULAN

HUKUM DM dalam FRASA NAMA

1-      (D) merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan” iaitu sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang “Menerangkan”. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan “pisang” sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng” sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah “pisang goreng” bukannya “goreng pisang” kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama. Demikianlah halnya dengan perkataan “Mat Deris Karaoke” dan “Audio Sistem”. Yang hendak diterangkan ialah “Karaoke” dan yang menerangkannya ialah “Mat Deris”.
Oleh itu frasa yang tepat ialah:
·         Karaoke Mat Deris bukan Mat Deris Karaoke
·         Sistem Ausio bukan Audio sistem

2-      Perkataan “UNTOK” tidak terdapat di dalam kosa kata bahasa Melayu. Berdasarkan konteks penggunaan ayat didalam memo, perkataan “UNTOK” yang sebenarnya hendak digunakan adalah merujuk kepada kata majmuk pancangan komplemen “untuk”. Oleh hal demikian, ini merupakan satu kesalahan ejaan.
·         Untuk bukan untok

Monday, 23 April 2012

Santun Bahasa

Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:

“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.

Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu

Friday, 20 April 2012

BM&BI



Papan tanda ini saya temui di Pekan Tanjong Malim, Perak. Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ini ialah menggunakan Bahasa Rojak, iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama. Perkataan “Handphone” merupakan perkataan bahasa Inggeris. Papan iklan di atas merupakan papan yang mengandungi campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sepatutnya perkataan “Handphone”  itu ditukarkan kepada perkataan bahasa Melayu iaitu “Telefon Bimbit”.

Thursday, 19 April 2012


Pada malam ini, aku baru sahaja selesai menonton rancangan ulangan Anugerah Bintang Popular di TV3. Semasa siaran tersebut sedang berlangsung, aku dapati terdapat banyak kesalahan bahasa yang  telah digunakan oleh pengacara semasa mengendalikan rancangan tersebut. Antara kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti adalah seperti :

            Pemenang bagi anugerah pelakon  tv wanita popular adalah Fasha Sandha.

Pada pandangan saya, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak seharusnya digunakan sesuka hati sahaja. Hal ini demikian adalah kerana, penggunaanya haruslah mengikut hukum tatabahasa yang sebenar. Sebagai contoh, kata pemeri ialah haruslah digunakan sebelum kata nama sahaja. Oleh itu, pembetulan bagi ayat di atas adalah seperti berikut: Pemenang bagi anugerah pelakon tv wanita popular ialah Fasha Sanda. Kata pemeri ialah digunakan kerana perkataan selepasnya terdiri daripada kata nama.

Wednesday, 18 April 2012

Mengejalah dengan betul!




Dalam kosa kata bahasa Melayu tidak terdapat perkataan “Perabut” seperti yang terpapar pada papan iklan sebuah syarikat dalam gambar diatas. Perkataan “Perabut” itu sebenarnya merujuk kepada perkataan “Perabot” iaitu dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(2011:1177) yang bermaksud alat perkakas seperti alat perkakas rumah, meja, kerusi, langsir, kipas dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, kesalahan yang dihadapi ialah kesalahan ejaan.
  • PERABOT BUKAN PERABUT

Tuesday, 17 April 2012

Kopek

Perkataan "kopek" ini bagi orang pantai barat mengikut kefahaman kami ialah mengupas atau membuka sesuatu . Menurut kefahaman saya, untuk golongan Utara pula menganggap "kopek "sebagai dompet atau pundi-pundi wang dan bagi masyarakat pantai Timur pula menganggap "kopek" sebagai suatu perkataan yang negatif dan sensitif bagi kaum wanita iaitu buah dada. Dapatkah kita bayangkan bahawa permaknaan yang dibawa oleh dialek-dialek ini memberikan suatu pertentangan atau kekangan dalam interaksi sesama manusia, lebih-lebih lagi yang datangnya dari pelusuk negeri yang berbeza. Perkara ini sudah berlaku menerusi rakan saya sendiri yang saya baca melalui blognya.

Situasi berlaku seperti contoh dibawah;

Dila merupakan rakan satu kuliah Ecah dan Fairus yang berasal dari Kedah. Manakala Ecah dan Fairus pula berasal dari Kelantan. Dila ingin meminta dompetnya kepada Ecah dengan menyebut perkataan "kopek" lalu dia ditertawakan oleh kedua-dua rakannya itu.

Dila      :   Ecah, bak kopek aku sini. Aku nak ambil wang.
Ecah    :   Kopek??!! Hahahhaa....

Perkataan "kopek" yang memberikan tiga makna berbeza ini agak menjejaskan interaksi antara sesama manusia, khususnya bagi mereka yang bergaul dengan rakan yang datangnya dari pelbagai negeri. Contohnya  mereka yang hidup di Universiti, sudah tentu pergaulan mereka bukan dari satu negeri dan daerah sahaja. Permaknaan ketiga-tiga yang dibawa ini telah diakui oleh Kamus Dewan sendiri iaitu dalam edisi yang keempat. muka surat 821. Pada pendapat saya tidakkah lebih elok sekiranya perkataan "kopek" ini dengan persetujuan ramai, diletakkan dalam satu maksud sahaja, mungkin ini tidak menjejaskan interaksi antara penutur bahasa Melayu jati.

Monday, 16 April 2012

CAKAP LUAR

Pagi tadi saya telah hadir ke kelas amali untuk lesen motor. Tidaklah seperti yang saya sangkakan bahawa sayalah orang yang paling lambat memperoleh lesen dalam usia sebegini, tetapi apabila sampai disana barulah saya sedari bahawa masih ramai lagi yang baru mendaftarkan diri sebagai calon untuk memperoleh lesen memandu. Malahan ada yang lebih tua daripada saya juga ada. Walau bagaimanapun, perkara yang saya ingin ceritakan disini ialah mengenai kenalan-kenalan baru yang saya jumpa disana. Saya sememangnya sudah tidak hairan sekiranya seseorang yang baru saya kenali itu berasal dari negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan terengganu, dan kebanyakannya yang saya kenali ialah berasal dari kelantan kerana di UPSI sememangnya golongan mereka sungguh ramai.

        Setelah selesai kelas amali kami diminta menunggu di luar pejabat untuk mendaftar nama sebelum meninggalkan tempat tersebut. Sementara menunggu itulah saya telah mengenali beberapa orang dan antaranya berasal dari kelantan. Perkara yang membuatkan saya terfikir sejenak adalah ramai juga dalam kalangan mereka yang fasih untuk bercakap Bahasa Melayu Baku atau yang disebutkan oleh mereka 'cakap luar'. 'Cakap luar' bermakna mereka bertutur bukan dalam dialek mereka sendiri tetapi menggunakan Bahasa Melayu Baku. Sebelum ini juga telah saya jumpai beberapa orang yang fasih untuk bercakap luar dan antaranya ialah golongan perempuan sahaja, lelaki sangat sukar saya temui yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu baku, kebayakannya kaum lelaki kelantan ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu baku tetapi lenggok atau nada dialek kelantan mereka masih kelihatan jelas serta bercampur-campur kosa kata yang digunakan. Keadaan ini jelas ditunjukkan oleh beberapa rakan saya disini. Inilah menjadi persoalan saya bahawa mengapa ada ramai kaum wanita kelantan mampu bercakap luar dengan lenggok bahasa baku yang betul tanpa bercampur-aduk dengan lenggok bahasa dan dialek kelantannya. Berdasarkan pengalaman saya mengenali orang kelantan ini, sememangnya perbezaan antara kaum lelaki dan kaum perempuan mereka adalah dari segi menguasai bahasa luar dari dialek mereka. Golongan lelaki kelantan sangat sukar untuk dikikis dialek mereka walaupun sudah bertahun duduk dan bercampur dengan golongan masyarakat dari daerah pantai barat. Lelaki kelantan ini sangat menebal jati diri mereka sebagai 'anok klate'.

Friday, 6 April 2012

Selalu

Hari ini saya ingin menbicarakan berkenaan suatu perbandingan lagi. Kali ini ialah berkenaan dengan perkataan "selalu". Kenapa perkataan ini yang menjadi tumpuan? biasa sahaja perkataan itu bukan? Namun, pada saya yang mengenali rakan yang asalnya terdiri daripada pelbagai sudut negeri sudah tentulah mempunyai pelbagai loghat masing-masing, terutamanya dari negeri Kelantan, terlalu banyak kosa katanya yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu Baku, begitupun dengan dialek saya, Selangor, sehinggakan saya "tercengang" dengan percakapan mereka. Perkataan "selalu" tampaknya tidaklah berbeza kosa katanya dengan bahasa Melayu Baku malah, Bahasa Melayu Baku juga menggunakan perkataan "selalu" yang membawa maksud sentiasa, selamanya, sepanjang masa, kerap, dan acap kali. Ini merupakan perkataan yang dirujuk menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1418). Bagi dialek Kelantan, "selalu" membawa erti sekarang atau lansung.

Contoh:
  •              Saya selalu berkunjung ke rumahnya.   (B.M Baku)
  •              Mu keno mari sini selalu.                      (D.Kelantan)

Thursday, 5 April 2012

Bahasa Basahan


Pada hari ini aku dan rakan-rakan akan menonton Pengajaran Mikro yang akan dikendalikan oleh rakan-rakan sendiri. Selain itu, kami juga dikehendaki memberi komen tentang pengajaran yang dikendalikan oleh rakan-rakan. Kebanyakan daripada kami gemar menggunakan bahasa basahan semasa mengutarakan komen atau pun pandangan masing-masing. Bahasa basahan merupakan bahasa yang terdiri daripada bahasa pasar dan bahasa harian. Pensyarah kami, iaitu Encik Zulkifli Osman pernah menegur kami oleh kerana gemar menggunakan bahasa basahan di dalam kuliah.
Contohnya: 
                   “ Cikgu, kitaorang nak tengok lagi video tu..”
                   “ Ok, kat  sini hari ini cikgu nak ajar kamu tentang pencemaran..”

Pendidik Bahasa Melayu tidak sepatutnya menggunakan bahasa basahan ketika mengajar. Bakal guru Bahasa Melayu juga seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang betul ketika mengajar, agar pelajar lebih menghormati dan memandang tinggi seseorang guru tersebut. Pendedahan awal dalam menggunakan bahasa Melayu yang betul perlu diberikan kepada bakal guru, agar mereka tidak berasa kekok pada kemudian hari.

Wednesday, 4 April 2012

Cantik tapi buruk!


Jika dikatakan bahawa untuk menilai seseorang itu bukan daripada luarannya ramai juga yang bersetuju dengan kenyataan itu, akan tetapi untuk mengetahui budi sebenar seseorang itu adalah melalui sikap atau perangai yang lahir dari dalam dirinya, betulkah?. Bagaimanapun saya sendiri kurang jelas lagi dalam perkara ini kerana saya sendiri tidak pandai dalam hal menilai seseorang. Saya sendiri juga masih dalam serba kekurangan dan mengambil sahaja ikhtibar dengan perkara-perkara berkaitan yang pernah dilalui. Hari ini saya ingin bawakan satu lagi kisah mengenai budi bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini.

            Pada suatu hari saya baru pulang dari rumah rakan dengan menaiki motor pada waktu malam, ketika saya melalui jalan dihadapan yang masih berhampiran dengan rumah rakan saya tiba-tiba ada dua orang perempuan melintas jalan secara tiba-tiba tanpa melihat saya yang semakin hampir dengan mereka. Nasib baik menyebelahi kerana saya sempat mengelakkan motor saya daripada terlanggar perempuan-perempuan tersebut. Namun tahukah kamu apakah reaksi dari mereka?. Selepas saya berjaya mengelak dan melepasi mereka, dengan lantang suara salah seorang dari mereka menjerit 'Woi! bongok ke? tak nampak orang? sepak tau la'. Dengan hati yang panas dan marah saya menghentikan motor dan datang hampir kepada perempuan-perempuan tersebut sambil saya katakan 'siapa yang salah? aku atau korang yang melintas tak tengok dulu ada kenderaan ke tidak'. Tanpa berkata apa-apa mereka diam dan terus berlalu dengan langkah lebih cepat. Sempat juga saya lihat wajah kedua-dua wanita itu, ayu, cantik tapi sedihnya cantik pada luaran sahaja, entah kemana pula perginya kecantikan budi bahasa mereka.

Tuesday, 3 April 2012

Budaya kita wajah kita!



Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Seperti yang diketahui umum bahawa sikap berbudi bahasa adalah suatu amalan yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia, menghormati orang lain, menjaga tutur kata dan berhati-hati ketika berkomunikasi dengan seseorang. Namun, hal ini sememangnya semakin pudar pada era kini, ramai masyarakat Melayu di Malaysia tidak lagi menjaga tutur adap mereka ketika berkomunikasi dengan orang lain.

      Dalam hal ini, ingin saya ketengahkan sikap seorang pelayan disebuah kedai makan yang terdapat berhampiran dengan kolej kediaman yang pernah saya diami ketika berada semester satu hingga semester empat. Saya dan rakan-rakan lain hampir setiap hari singgah di kedai tersebut apabila waktu malam, sehinggalah pada suatu hari ada seorang pemuda kira-kira baru seminggu bekerja sebagai pelayan di kedai tersebut datang untuk meminta pesanan makanan dan minuman dari kami. Sungguh menyakitkan hati apabila pemuda tersebut meminta pesanan dengan menunjukkan raut wajahnya yang bengis, tidak senyum, malahan melihat kami pun tidak. Pemuda itu hanya memalingkan mukanya keatas, kebawah, kekiri, dan kekanan tanpa melihat kami yang berada dihadapannya.

           Sungguh kecewa dengan sikap masyarakat kini, lebih-lebih lagi kami sebagai pelanggan seharusnya dilayan dengan lebih elok. Walaupun tidak mahu mengeluarkan sebarang tutur kata, bagi saya dengan melemparkan satu senyuman sudah memadai, dan tidaklah menunjukkan mukanya yang bengis itu. Wlau bagaimanapun, Seharusnya mereka lebih tahu akan menghormati pelanggan dan bagaimana caranya untuk menghadapi pelbagai karenah pelanggan yang datang, hal ini akan memberi kesan positif terhadap potensi kemajuan perniagaan mereka sendiri. Ingatlah wahai masyarakatku, budi bahasa budaya kita! dan budaya kita wajah kita! inginkah kita paparkan wajah kita yang seburuk itu dimata dunia.

Monday, 2 April 2012

LAGU BAHASA

1) BIDALAN

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik atau bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat dan kata-kata hikmat.

Contoh: 'Ada udang disebalik batu' - mempunyai niat sesuatu disebalik pertolongan yang diberikan.

2) PEPATAH-PETITIH

Pepatah-petitih adalah sebahagian daripada kata pusaka. Pepatah-petitih merupakan serangkaian ucapan pendek dengan bahasa klasik Minangkabau, yang mengandung pengertian dalam dan luas yang mencakupi setiap aspek kehidupan dalam masyarakat.

Contoh:       'Anak ikan dimakan ikan,
                   Gadang ditabek anak tenggiri.
                   Ameh bukan perakpun bukan,
                   Budi saketek rang haragoi' 

- Hubungan yang erat sesama manusia bukan karena emas dan perak, tetapi lebih diikat budi yang baik.

3) PERBILANGAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perbilangan membawa maksud peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan. Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi(puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan).

Contoh:  Raja menobat di dalam alam,
              Penghulu menobat di dalam luak,
              Lembaga menobat di dalam lingkungannya,
              Ibu bapa menobat pada anak buahnya,
              Orang banyak menobat di dalam terataknya.

- Konsep pemerintahan perbilangan adat yang menyatakan dengan jelas susunan pemerintahan adalah
  mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi.


4) GURINDAM

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gurindam ialah bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris,berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. Gurindam terdiri daripada dua baris ayat yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap berupa nasihat. Menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu, gurindam adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran.


Contoh: Barang siapa tiada memegang agama,
             sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

             Barang siapa mengenal yang empat,
             maka yaitulah orang yang makrifat.

             Barang siapa mengenal Allah,
             suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

             Barang siapa mengenal diri,
             maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

             Barang siapa mengenal dunia,
             tahulah ia barang yang terperdaya.

             Barang siapa mengenal akhirat,
             tahulah ia dunia mudarat.


5) SELOKA

Menurut Harun Mat Piah, seloka berasal daripada kata 'sloka' dalam bahasa Sanskrit. Menurutnya, seloka mengandungi 16 suku kata dan berbentuk bebas. R.J Wilkinson pula menjelaskan seloka sebagai ucapan yang mengandungi sindirian dalam bentuk yang tidak tetap rimanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka dan lain-lain). Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap, rima akhir tidak tetap, digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan dan tidak  mempunyai pembayang.

Contoh: Sudah bertudung terendak Bentan,
             Dengan siapa saya sesalkan,
             Sudah untung permintaan badan,
             Pagar siapa saya sesarkan.

6) TAMSIL

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tamsil merupakan persamaan sebagai umpama (misal) atau misalan. Juga sebagai ajaran yang terkandung dalam sesuatu cerita, atau ibarat.

Contoh : 'keruh bumi ini umpama kelapa didalam air'




Friday, 30 March 2012

Sangap..??

Aku   : Sangap tu apa wei?
Rakan: La, sangap pun kau tak tahu? Menguap tahu?
Aku   : Ha, menguap aku tahu la.
Rakan: Sangap tu menguap la.Tapi kitaorang jarang sebut menguap. Selalu guna sangap.
Aku    : Ooooo..menguuuuuuaaaaap.


Dialog ini saya jumpai dalam sebuah blog seseorang. Yang menjadi perhatian saya ialah perkataan 'sangap' yang digunakan dalam perbualan itu. Menurut rakan yang memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh rakannya mengenai maksud sangap itu ialah sama ertinya dengan 'menguap'. Adakah betul perkataan 'sangap' itu memberikan makna menguap? iaitu perbuatan yang merujuk kepada seseorang yang hendak tidur atau mulai rasa mengatuk. Jawapannya adalah ya! menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1385:2010) sangap merujuk kepada 'menguap'. Akan tetapi sangap juga telah menjadi sebahagian daripada bahasa Selanga. Oleh itu perkataan tersebut beralih maksud kepada ketagihan. Sepanjang pengalaman saya mendengar perkataan sangap, diucapkan atau disebut oleh seseorang tidak pernah sekali merujuk kepada makna menguap. Sangap seringkali digunakan dengan maksud ketagihan.

Sebagai contoh;

Bahasa Selanga: 'Jom makan nasi kukus, aku sangaplah sejak minggu lepas aku tidak menjamah nasi itu lagi.

Bahasa Melayu : 'Kenapa kamu asyik sangap sejak kelas bermula tadi, keletihankah?

Thursday, 29 March 2012

PERLIS

Hari ini saya ingin mengetengahkan tentang penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) kita dan kami dalam perbualan harian berdasarkan dialek masing-masing. Perkara ini saya tulis atas situasi yang berlaku dengan senior yang duduk serumah yang berasal dari Perlis, menggunakan perkataan kami dengan orang yang dilawan bercakap. Berikut merupakan ujarannya:

“Kami nak pergi kedai kat bawah ni, nak kirim tak?”
“Saya nak pergi kedai kat bawah ni, nak kirim tak? .”

Kami di sini merujuk kepada KGND pertama, iaitu orang yang menuturkan ujaran tersebut dalam masyarakat Utara. KGND ini digunakan dalam masyarakat Utara dan dianggap lebih sopan berbanding penggunaan KGND‘aku’. Namun begitu, penggunaan kami ini secara rasminya digunakan bagi merujuk saya dan dia atau mereka. Kita boleh melihat perbezaan penggunaan perkataan ini, iaitu ‘kami’ kalau mengikut rumus tatabahasa yang betul adalah merujuk kepada KGND kedua, bukannya pertama seperti yang diujarkan pada dialog di atas. Namun begitulah hakikat berbahasa yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat di Utara, iaitu menggunakan perkataan ‘kami’ bagi bercakap dengan ‘hangpa’ (awak). Ia dilihat lebih bersopan berbanding menggunakan KGND ‘aku’ dan ‘hang’ (kau). Penggunaan kita dan kami juga berbeza dalam komunikasi yang melibatkan dialek. Berikut merupakan contoh penggunaannya:

“Kak Awin, kite (KGND-2) nak pinjam periuk boleh?” (Johor)
“Kamik (KGND-2) suka kitak (KGND-2).” (Sarawak)
Setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu Standard:
“Kak Awin, saya (KGND-1) nak pinjam periuk boleh?”
“Saya( KGND-1) suka kamu (KGND-2).”
“Sot-set”: Perubahan jenis KGND ini berlaku apabila dituturkan dalam dialek masing-masing.

Wednesday, 28 March 2012

Bela - Baiki, Bela - Pelihara

Perkataan 'bela' dalam penggunaannya bagi kawasan atau tempat saya di Sungai Buloh, Selangor adalah merujuk kepada membaiki dan pelihara. sebagai contoh;

1- Adi membaiki/membela basikal yang rosak itu.
2- Adi memelihara/membela kucing sejak berumur 14 tahun.

Namun demikian, bagi negeri lain mereka tidak faham sekiranya penggunaan istilah bela digunakan dalam ayat yang menggantikan perkataan baiki atau membaiki. Seperti yang saya pernah alami dengan rakan-rakan sekuliah saya sendiri ialah antaranya yang berasal dari Pahang dan Kelatan. Tetapi yang berasalnya dari kedah pula mereka dapat memahami istilah bela itu sama pemahamannya dengan kefahaman saya, iaitu sekiranya disebut bela bagi menggantikan perkataan baiki dan pelihara, mereka dapat memahaminya. Hal ini mungkin disebabkan di Kedah juga menggunakan perkataan yang sama bagi merujuk perkara yang sama seperti yang saya gunakan.

Tuesday, 27 March 2012

Kesalahan Ayat Larangan




       Gambar diatas menunjukkan satu papan tanda yang dilekatkan pada pintu bilik dengan tujuan melarang seseorang dari menggunakan telefon bimbit sekiranya hendak memasuki bilik tersebut. Ayat yang dinyatakan pada papan tanda larangan itu telah menunjukkan kesalahan bahasa yang sangat besar dan jelas. Antara kesalahan yang dilakukan dalam ayat tersebut antaranya ialah kesalahan ejaan, campuran bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu, kata majmuk dan imbuhan yang hadir dalam kata dasar 'guna'. ayat tersebut boleh dibetulkan dengan menggunakan ayat seperti berikut: Dilarang menggunakan telefon bimbit.

         'PHONE TANGANG' yang hendak dimaksudkan sebenarnya ialah telefon tangan. Bagaimanapun, kata majmuk itu masih lagi menyalahi tatabahasa dalam bahasa Melayu, oleh itu untuk kata majmuk yang sesuai ialah 'Telefon Bimbit'. Telefon bimbit dalam Kamus Dewan bermaksud telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang, hal ini sesuai dengan gambar yang dipaparkan bersama.

Monday, 26 March 2012

Perbandingan Dialek Selangor dan Bahasa Standart


Perbandingan antara dialek Selangor dengan Bahasa Standart

            Terdapat tiga ciri utama yang membezakan antara dialek Selangor Barat dan Bahasa Standart iaitu dari segi penyebutan “h”, pengguguran “h” akhir kata, dan perwujudan urutan “ar” akhir kata dalam dialek-dialek itu.

i)                    Pertama, dari segi penyebutan “h” awal kata. Dalam dialek Selangor “h” digugurkan dalam konteks penyebutan sesuatu perkataan yang berkenaan, sedangkan dalam bahasa Standart konsonan “h” ini dipertahankan. Sebagai contoh boleh dilihat pada contoh-contoh perkataan seperti berikut.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
              ari
              Hari
             ijaw
             Hijau
             itam
             Hitam
             ati
              Hati

ii)                  Kedua, pengguguran “h” pada akhir kata yang didahului oleh “o” dalam dialek Selangor tetapi gejala ini tidak berlaku dalam bahasa Standart.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
             tujo
            Tujuh
            sǝnto
           Sǝntuh
            gado
           Gaduh
             jato
            jatuh

iii)                Ketiga ialah mengenal perwujudan urutan “ar” akhir kata dalam dialek-dialek itu. Dalam subdialek Selangor Barat, pengguguran “r” menimbulkan diftong pada “a”.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
bǝsa
bǝsar
ula
ular
paga
pagar

Kajian terhadap dialek Selangor ini boleh juga dijalankan mengikut konsep-kosep tertentu iaitu sama ada konsep menghitung, konsep bilangan, konsep saiz dan bentuk, konsep masa, konsep warna, konsep rasa, konsep hidup lawan tidak hidup, dan konsep laki (jantan) lawan perempuan (betina). Hal ini disebabkan dalam setiap dialek mengikut negeri masing-masing terdapat beberapa perbezaan dari segi konsep-konsep tersebut dan mempunyai ciri-ciri maksudnya yang tersendiri. Walaupun masih mempunyai perbezaan antara dialek-dialek ini namun hampir semua perkataan-perkataan yang digunakan sama maksudnya. Kajian telah pun menemuramah seorang penutur asli dialek Selangor dan diminta untuk menyebut beberapa perkataan yang disediakan berdasarkan konsep-konsep yang dikaji. Temuramah juga telah pun direkodkan sebagai bukti dalam kajian ini. Konsep yang dipilih ialah konsep warna dan konsep rasa.

Konsep warna
            Dialek Selangor mempunyai beberapa warna utama iaitu warna asas dalam melabelkan sesuatu benda seperti warna merah, biru, hijau, hitam, putih, oren(jingga), kuning, dan cokelat. Warna-warna ini menjadi persepsi bagi orang-orang Selangor. Walau bagaimanapun tiap-tiap kata nama mempunyai tambahan-tambahan yang dikaitkan kepada bunga-bungaan, buah-buahan, peredaran waktu, ruang, sifat kecairan atau kepekatan, mahupun dikaitkan juga dengan sifat usia manusia seperti muda dan tua tetapi hanya beberapa warna sahaja yang terlibat dalam tambahan-tambahan ini. Hal ini sekadar untuk menyatakan kelainan-kelainan pada warna itu serta memberi gambaran sifat sesuatu warna itu dengan lebih tepat dan jelas. Warna-warna ini juga berkemungkinan mempunyai kata-kata khusus dalam dialek lain. Sebagai contoh;

i)                    Warna Merah
Dialek Selangor
Bahasa standard
merah jambu
merah jambu
merah pǝkat
merah pekat
merah cae
merah cair
merah tuǝ
merah tua
merah mudǝ
merah muda
merah mǝɲalǝ
merah menyala

ii)                  Warna Biru
Dialek Selangor
Bahasa standard
biru pǝkat
biru pekat
biru cae
biru cair
biru tuǝ
biru tua
biru mudǝ
biru muda
biru laut
biru laut

iii)                Warna Hijau
Dialek Selangor
Bahasa standard
ijaw pǝkat
hijau pekat
ijaw cae
hijau cair
ijaw tuǝ
hijau tua
ijaw mudǝ
hijau muda

iv)                Warna Kuning
Dialek Selangor
Bahasa standard
kuniŋ pǝkat
kuning pekat
kuniŋ cae
kuning cair
kuniŋ tuǝ
kuning tua
kuniŋ mudǝ
kuning muda
kuniŋ laŋsat
kuning menyala

v)                  Warna Hitam
Dialek Selangor
Bahasa standard
itam pǝkat
hitam pekat
itam cae
hitam cair
itam lǝgam
hitam legam


vi)                Warna Putih
Dialek Selangor
Bahasa standard
puteh mǝlǝpaʔ
putih melepak
puteh  gǝbu
putih gebu


Konsep rasa

            Dialek Selangor tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan dialek-dialek negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, mahupun dialek kedah dalam perkataan yang melambangkan rasa sesuatu benda, begitu juga dengan beberapa dialek di negeri lain. Dalam dialek Selangor terdapat lapan jenis perkataan yang menggambarkan rasa sebagai contoh, manis, masam, pahit, pedas, kelat, masin, tawar, dan payau. Berdasarkan perkataan-perkataan ini hanya enam sahaja yang merupakan asas bagi kata rasa dalam dialek Selangor iaitu manis, masam, pahit, masin, pedas, dan tawar.

            Rasa kelat menggambar gabungan dari dua rasa iaitu, rasa masam dan pahit. Perkataan rasa kelat ini wujud kerana terdapat kelainan rasa dalam lidah orang Selangor yang seakan-akan dapat merasai kedua-dua jenis rasa itu hadir bersama apabila merasai sesuatu benda. Rasa kelat ini hadir contohnya, pada seseorang yang memakan buah mangga muda dan masih bergetah. Untuk menggambarkan rasa yang lebih tepat penutur-penutur dialek Selangor telah menggunakan perkataan lain iaitu kelat. Demikian juga halnya dengan rasa payau iaitu yang memperlihatkan rasa tawar ke rasa masin digabungkan dengan rasa kelat. Rasa payau ini boleh digambarkan seperti rasa air sungai.

i)                    Masam      +          pahit                                       =          kelat
ii)                  Tawar                   +          masin              +          kelat    =          payau

Dalam dialek Selangor tidak banyak perkataan yang terdapat untuk  melambangkan darjat kesangatan dalam rasa-rasa yang sedia ada seperti mana yang diperolehi oleh dialek-dialek negeri lain. Sebagai contoh, dalam dialek Kedah untuk mengatakan bahawa rasa sesuatu itu sangat masam dilambangkan dengan kata masam cuak ( cuãʔ ), masin pahit untuk sangat masin dan pahit bedengung iaitu sangat pahit. Dialek Selangor hanya mempunyai satu sahaja kata sifat yang didukung oleh kolokasi dengan kata-kata lain iaitu tawar meleseh. Kata meleseh tidak mempunyai makna jika berdiri sendiri dan tidak pernah juga digunakan di luar konteks tawar. Kata meleseh hanya wujud dalam kolokasi dengan tawar sahaja iaitu boleh dikatakan mendukung konteks kesangatan. 

Perkataan yang menunjukkan rasa seperti masam, manis, masin, pahit, kelat, payau, dan pedas tidak mempunyai sebarang kolokasi dengan kata lain seperti yang terdapat pada rasa tawar iaitu tawar meleseh. Untuk perkataan selain daripada kata tawar ini telah menggunakan kata pembenda “-nya” untuk menunjukkan darjat kesangatan itu. Kata pembenda merupakan perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai kata nama, contohnya; “Datangnya secara mendadak”, tetapi konteks penggunaan kata pembenda “-nya” telah diperluas dalam dialek Selangor, iaitu boleh bertugas sebagai kata penguat yang membawa maksud “kesangatan”. Dan lain pula maknanya jika digandingkan bersama kata rasa.

Kata pembenda “-nya” bertugas sebagai kata penguat yang menggambarkan darjat “kesangatan” jika digandingkan bersama kata sifat rasa dalam dialek Selangor. Lihat pada contoh dibawah;

                 Bahasa Standard
                 Dialek Selangor
           /#  manisnya air tebu ini! #/
           /# manisnye air tǝbu ini! #/

      Dalam ayat diatas kata -nya menggambarkan darjat kesangatan yang menunjukkan bahawa air tebu yang diminum itu sangat manis rasanya. Begitu juga maknaya jika digandingkan dengan kata rasa yang lain seperti masin, pahit, kelat, payau, dan pedas. Dalam hal ini kata tawar juga kadangkala digandingkan bersama kata pembenda -nya jika tidak menggunakan perkataan meleseh. Walau bagaimanapun makna yang didukung adalah sama sahaja antara kedua-duanya iaitu menggambarkan sesuatu benda itu sangat manis rasanya.


Dialek Selangor
Bahasa Standart
manis
manis
masen
masin
masam
masam
pǝdas
pedas
kǝlat
kelat
payau
payau
pait
pahit
Tawa
tawar
tawa mǝleseh
tawar meleseh