Masyarakat melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam memberi nasihat kepada anak-anak, memberi sindiran, teguran dan sebagainya. Masyarakat Melayu juga tidak lekang dengan peribahasa ataupun pantun yang sudah menjadi kebiasaannya pada orang Melayu. Kaedah inilah yang digunakan oleh orang Melayu. Misalnya:
Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong bercicirian.
Bermaksud:
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah ditangan hilang pula.
Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Manakan dapat sagunya.
Bermaksud:
Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah-payah.
Selain itu juga, penggunaan pantun juga sering digunakan dalam menyampaikan maksud.
Misalnya
Pohon pepaya di dalam semak,
Pohon manggis sebesar lengan,
Kawan ketawa memang banyak,
Kawan menangis diharap jangan.
Oleh itu sebagai masyarakat melayu kita mestilah menjaga adat ini supaya tidak ditelan zaman. Hal ini demikian kerana peribahasa kadang-kala memperilhatkan keintiman masyarakat dengan alam sekitar.