Tuesday 27 March 2012

Kesalahan Ayat Larangan




       Gambar diatas menunjukkan satu papan tanda yang dilekatkan pada pintu bilik dengan tujuan melarang seseorang dari menggunakan telefon bimbit sekiranya hendak memasuki bilik tersebut. Ayat yang dinyatakan pada papan tanda larangan itu telah menunjukkan kesalahan bahasa yang sangat besar dan jelas. Antara kesalahan yang dilakukan dalam ayat tersebut antaranya ialah kesalahan ejaan, campuran bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu, kata majmuk dan imbuhan yang hadir dalam kata dasar 'guna'. ayat tersebut boleh dibetulkan dengan menggunakan ayat seperti berikut: Dilarang menggunakan telefon bimbit.

         'PHONE TANGANG' yang hendak dimaksudkan sebenarnya ialah telefon tangan. Bagaimanapun, kata majmuk itu masih lagi menyalahi tatabahasa dalam bahasa Melayu, oleh itu untuk kata majmuk yang sesuai ialah 'Telefon Bimbit'. Telefon bimbit dalam Kamus Dewan bermaksud telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang, hal ini sesuai dengan gambar yang dipaparkan bersama.

No comments:

Post a Comment