Friday, 23 March 2012

Karangan Bahasa Melayu


Perkara yang hendak saya ketengahkan pada hari ini ialah tentang penulisan karangan Bahasa Melayu bagi pelajar bukan berbangsa Melayu seperti bangsa India dan Cina khususnya di sekolah rendah. Bahan ini saya perolehi melalui laman sosial 'Facebook' yang dimuatnaikkan oleh rakan-rakan. Seperti yang saya tunjukkan gambar diatas ialah contoh karangan Bahasa Melayu yang dituliskan oleh seorang pelajar berbangsa Cina. Pada perhatian saya karangan diatas bukan sahaja salah dari segi tatabahasa, kosa kata dan ayat yang tidak gramatis, tetapi telah dicampurkan juga beberapa perkataan yang dituliskan dalam bahasa Cina dalam karangan tersebut. Permasalahan ini pada pandangan saya merujuk kepada bahasa yang kerap atau yang sering digunakan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri ketika berada dirumah. Bukanlah maksud saya tidak boleh mengamalkan bahasa Ibunda mereka sendiri dalam perbualan sehari-hari, tetapi perlu juga mengambil berat terhadap Bahasa Kebangsaan kita, dengan cara mengamalkannya dalam pertuturan sehari-hari serta dalam pergaulan sosial ketika berada diluar rumah. Oleh hal demikian, sekiranya amalan ini dapat dilaksanakan, maka masalah seperti diatas pasti dapat dielakkan.

Thursday, 22 March 2012

Satu kata, satu dunia

Semalam 18/3 saya menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Inggeris di antara pasukan Manchester United dan pasukan Wolverhampton. Perlawanan yang sangat menghuburkan itu berakhir dengan kemenangan lima gol berbalas kosong di pihak pasukan Manchester United. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkenaan sorakan para penonton apabila pemain menjaringkan gol. Di tempat saya menyaksikan perlawanan tersebut, terdapat pelbagai bangsa yang turut sama menyaksikan dan bersorak. Apabila pemain menjaringkan gol, semuanya bersorak satu perkataan yang sama iaitu ‘gol’.




Sukan bola sememangnya penyatu masyarakat penonton diseluruh dunia. Hal ini dapat dilihat ketika pasukan yang disokong mendapat jaringan gol, dan sorakan 'GOL....................!!!!!!!!' akan mengegarkan dimana sahaja kawasan yang menjadi tempat atau lokasi mereka berkumpul bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat.

Wednesday, 21 March 2012

Kuliah Sosiolinguistik

Hari ini ingin saya kongsi bersama perkara yang saya alami ketika menghadiri kuliah Sosiolinguistik semalam, pada 21.3.2012 bersamaan hari rabu jam 10 pagi. Situasi ini sangat menarik bagi saya sebenarnya, kerana cetusan idea pensyarah yang mengkehendaki setiap pelajar dalam kalangan kami mengemukakan sebarang golongan kata ganda atau kosa kata bagi dialek sendiri dan dibandingkan dengan bahasa baku. Antara menarik dan masih teringat-ingat diingatan saya ialah 'cekelat angin'. 'cekelat angin' merupakan dialek Kedah yang membawa maksud membuat sesuatu yang sia-sia. Selain itu terdapat juga dialek-dialek lain yang dikemukakan, sebagai contoh  dari Kelantan 'manis sengoti' bermaksud sangat manis. Perak pula 'putih siyeh' iaitu bermaksud sangat puith. Kemudian diikuti dengan dialek dari negeri-negeri lain seperti Serawak, Selangor, Johor dan lain-lain.

Tuesday, 20 March 2012

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Pengaruh bahasa SMS atau Sistem Pesanan Ringkas amat membimbangkan semua pihak. Budaya ini bukan lagi suatu perkara yang baru, malah telah lama mempengaruhi budaya masyarakat kita. Namun, penggunaannya yang semakin meluas amat merungsingkan. Semua pihak sebenarnya menyedari bahawa penggunaan bahasa SMS memudaratkan bahasa Melayu itu sendiri, namun ramai yang menganggap perkara ini sesuatu yang remeh-temeh. Saya sendiri saban hari menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan hanya dengan menggunakan singkatan yang tertentu. Misalnya,

'kat ne jal?'
'Cett..ak pn nek n wan..kodri ad kn..'
"A'ah.y xthny..xnk dgr ckp ak.ak ckp dy clp send. dy kte xdeny clp3..

Monday, 19 March 2012

Hari Keluarga Bahasa Melayu

Semalam merupakan Hari Keluarga Persatuan Bahasa Melayu yang mana berlansungnya pelbagai acara yang diaturkan oleh pelajar Bahasa Melayu semester 4. Menarik antara acara yang ada antaranya berlari dalam guni,  pijak belon, bowling kelapa, futsal berkain, dan berbagai-bagai lagi. Disini yang menjadi topik saya ialah pada awal berlansungnya berlansungnya sukaneka tersebut. Pengawalan peserta dalam acara sebegini bagi seseorang yang mengetuai sukaneka itu perlulah lebih mahir dan bersikap terbuka. Sikap ramah dan mesra sudah tentu perlu ada dalam diri. Oleh yang demikian, pada awal acara tersebut telah diadakan sedikit senaman ringan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dalaman. Masalahnya timbul apabila arahan yang diberikan tidak jelas dan sememangnya tidak dapat didengari oleh semua perserta kerana tidak menggunakan alat bantu pembesar suara.
Apabila hilang kawalan sedikit, pengerusi mula beremosi dan menggunakan kata-kata yang kurang disenangi dengan nada yang tinggi. Seperti yang dikatakan tadi, kita perlulah lebih mesra bersama peserta lain kerana semua yang terlibat itu hanyalah dari kalangan keluarga persatuan sendiri, PERBAYU dan yang terlibat juga ramai dari kalangan pelajar senior, perkara seperti itu harus dielakkan bagi menjaga keharmonian bersama. Mereka ini adalah pelajar Bahasa Melayu, Oleh itu kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai perlu ditekankan.