Papan tanda ini saya temui di Pekan Tanjong Malim, Perak. Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ini ialah menggunakan Bahasa Rojak, iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu
ayat yang sama. Perkataan
“Handphone” merupakan perkataan bahasa Inggeris. Papan iklan di atas merupakan papan
yang mengandungi campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sepatutnya perkataan “Handphone” itu ditukarkan
kepada perkataan bahasa Melayu iaitu “Telefon Bimbit”.
Blog ini saya titipkan pelbagai situasi yang berlaku dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa, dan situasi itu saya sendiri alami atau yang berlaku dihadapan saya. Tujuannya pula saya menulis situasi-situasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman bersama-sama pembaca.
Friday, 20 April 2012
Thursday, 19 April 2012
Pada malam ini, aku
baru sahaja selesai menonton rancangan ulangan Anugerah Bintang Popular di TV3. Semasa
siaran tersebut sedang berlangsung, aku dapati terdapat banyak kesalahan bahasa
yang telah digunakan oleh pengacara
semasa mengendalikan rancangan tersebut. Antara kesalahan bahasa yang dapat
dikenalpasti adalah seperti :
Pemenang bagi
anugerah pelakon tv wanita popular adalah Fasha Sandha.
Pada pandangan saya,
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak seharusnya digunakan sesuka
hati sahaja. Hal ini demikian adalah kerana, penggunaanya haruslah mengikut
hukum tatabahasa yang sebenar. Sebagai contoh, kata pemeri ialah haruslah digunakan sebelum kata nama sahaja. Oleh itu,
pembetulan bagi ayat di atas adalah seperti berikut: Pemenang bagi anugerah pelakon tv wanita popular ialah Fasha Sanda. Kata pemeri ialah digunakan kerana perkataan selepasnya terdiri daripada kata
nama.
Wednesday, 18 April 2012
Mengejalah dengan betul!
Dalam
kosa kata bahasa Melayu tidak terdapat perkataan “Perabut” seperti yang
terpapar pada papan iklan sebuah syarikat dalam gambar diatas. Perkataan
“Perabut” itu sebenarnya merujuk kepada perkataan “Perabot” iaitu dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat(2011:1177) yang bermaksud alat perkakas seperti alat
perkakas rumah, meja, kerusi, langsir, kipas dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, kesalahan yang dihadapi ialah kesalahan ejaan.
- PERABOT BUKAN PERABUT
Tuesday, 17 April 2012
Kopek
Perkataan "kopek" ini bagi orang pantai barat mengikut kefahaman kami ialah mengupas atau membuka sesuatu . Menurut kefahaman saya, untuk golongan Utara pula menganggap "kopek "sebagai dompet atau pundi-pundi wang dan bagi masyarakat pantai Timur pula menganggap "kopek" sebagai suatu perkataan yang negatif dan sensitif bagi kaum wanita iaitu buah dada. Dapatkah kita bayangkan bahawa permaknaan yang dibawa oleh dialek-dialek ini memberikan suatu pertentangan atau kekangan dalam interaksi sesama manusia, lebih-lebih lagi yang datangnya dari pelusuk negeri yang berbeza. Perkara ini sudah berlaku menerusi rakan saya sendiri yang saya baca melalui blognya.
Situasi berlaku seperti contoh dibawah;
Dila merupakan rakan satu kuliah Ecah dan Fairus yang berasal dari Kedah. Manakala Ecah dan Fairus pula berasal dari Kelantan. Dila ingin meminta dompetnya kepada Ecah dengan menyebut perkataan "kopek" lalu dia ditertawakan oleh kedua-dua rakannya itu.
Dila : Ecah, bak kopek aku sini. Aku nak
ambil wang.
Ecah : Kopek??!! Hahahhaa....
Perkataan "kopek" yang memberikan tiga makna berbeza ini agak menjejaskan interaksi antara sesama manusia, khususnya bagi mereka yang bergaul dengan rakan yang datangnya dari pelbagai negeri. Contohnya mereka yang hidup di Universiti, sudah tentu pergaulan mereka bukan dari satu negeri dan daerah sahaja. Permaknaan ketiga-tiga yang dibawa ini telah diakui oleh Kamus Dewan sendiri iaitu dalam edisi yang keempat. muka surat 821. Pada pendapat saya tidakkah lebih elok sekiranya perkataan "kopek" ini dengan persetujuan ramai, diletakkan dalam satu maksud sahaja, mungkin ini tidak menjejaskan interaksi antara penutur bahasa Melayu jati.
Monday, 16 April 2012
CAKAP LUAR
Pagi tadi saya telah hadir ke kelas amali untuk lesen motor. Tidaklah seperti yang saya sangkakan bahawa sayalah orang yang paling lambat memperoleh lesen dalam usia sebegini, tetapi apabila sampai disana barulah saya sedari bahawa masih ramai lagi yang baru mendaftarkan diri sebagai calon untuk memperoleh lesen memandu. Malahan ada yang lebih tua daripada saya juga ada. Walau bagaimanapun, perkara yang saya ingin ceritakan disini ialah mengenai kenalan-kenalan baru yang saya jumpa disana. Saya sememangnya sudah tidak hairan sekiranya seseorang yang baru saya kenali itu berasal dari negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan terengganu, dan kebanyakannya yang saya kenali ialah berasal dari kelantan kerana di UPSI sememangnya golongan mereka sungguh ramai.
Setelah selesai kelas amali kami diminta menunggu di luar pejabat untuk mendaftar nama sebelum meninggalkan tempat tersebut. Sementara menunggu itulah saya telah mengenali beberapa orang dan antaranya berasal dari kelantan. Perkara yang membuatkan saya terfikir sejenak adalah ramai juga dalam kalangan mereka yang fasih untuk bercakap Bahasa Melayu Baku atau yang disebutkan oleh mereka 'cakap luar'. 'Cakap luar' bermakna mereka bertutur bukan dalam dialek mereka sendiri tetapi menggunakan Bahasa Melayu Baku. Sebelum ini juga telah saya jumpai beberapa orang yang fasih untuk bercakap luar dan antaranya ialah golongan perempuan sahaja, lelaki sangat sukar saya temui yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu baku, kebayakannya kaum lelaki kelantan ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu baku tetapi lenggok atau nada dialek kelantan mereka masih kelihatan jelas serta bercampur-campur kosa kata yang digunakan. Keadaan ini jelas ditunjukkan oleh beberapa rakan saya disini. Inilah menjadi persoalan saya bahawa mengapa ada ramai kaum wanita kelantan mampu bercakap luar dengan lenggok bahasa baku yang betul tanpa bercampur-aduk dengan lenggok bahasa dan dialek kelantannya. Berdasarkan pengalaman saya mengenali orang kelantan ini, sememangnya perbezaan antara kaum lelaki dan kaum perempuan mereka adalah dari segi menguasai bahasa luar dari dialek mereka. Golongan lelaki kelantan sangat sukar untuk dikikis dialek mereka walaupun sudah bertahun duduk dan bercampur dengan golongan masyarakat dari daerah pantai barat. Lelaki kelantan ini sangat menebal jati diri mereka sebagai 'anok klate'.
Subscribe to:
Posts (Atom)