Thursday, 29 March 2012

PERLIS

Hari ini saya ingin mengetengahkan tentang penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) kita dan kami dalam perbualan harian berdasarkan dialek masing-masing. Perkara ini saya tulis atas situasi yang berlaku dengan senior yang duduk serumah yang berasal dari Perlis, menggunakan perkataan kami dengan orang yang dilawan bercakap. Berikut merupakan ujarannya:

“Kami nak pergi kedai kat bawah ni, nak kirim tak?”
“Saya nak pergi kedai kat bawah ni, nak kirim tak? .”

Kami di sini merujuk kepada KGND pertama, iaitu orang yang menuturkan ujaran tersebut dalam masyarakat Utara. KGND ini digunakan dalam masyarakat Utara dan dianggap lebih sopan berbanding penggunaan KGND‘aku’. Namun begitu, penggunaan kami ini secara rasminya digunakan bagi merujuk saya dan dia atau mereka. Kita boleh melihat perbezaan penggunaan perkataan ini, iaitu ‘kami’ kalau mengikut rumus tatabahasa yang betul adalah merujuk kepada KGND kedua, bukannya pertama seperti yang diujarkan pada dialog di atas. Namun begitulah hakikat berbahasa yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat di Utara, iaitu menggunakan perkataan ‘kami’ bagi bercakap dengan ‘hangpa’ (awak). Ia dilihat lebih bersopan berbanding menggunakan KGND ‘aku’ dan ‘hang’ (kau). Penggunaan kita dan kami juga berbeza dalam komunikasi yang melibatkan dialek. Berikut merupakan contoh penggunaannya:

“Kak Awin, kite (KGND-2) nak pinjam periuk boleh?” (Johor)
“Kamik (KGND-2) suka kitak (KGND-2).” (Sarawak)
Setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu Standard:
“Kak Awin, saya (KGND-1) nak pinjam periuk boleh?”
“Saya( KGND-1) suka kamu (KGND-2).”
“Sot-set”: Perubahan jenis KGND ini berlaku apabila dituturkan dalam dialek masing-masing.

No comments:

Post a Comment