Perkara yang hendak saya ketengahkan pada hari ini ialah tentang penulisan karangan Bahasa Melayu bagi pelajar bukan berbangsa Melayu seperti bangsa India dan Cina khususnya di sekolah rendah. Bahan ini saya perolehi melalui laman sosial 'Facebook' yang dimuatnaikkan oleh rakan-rakan. Seperti yang saya tunjukkan gambar diatas ialah contoh karangan Bahasa Melayu yang dituliskan oleh seorang pelajar berbangsa Cina. Pada perhatian saya karangan diatas bukan sahaja salah dari segi tatabahasa, kosa kata dan ayat yang tidak gramatis, tetapi telah dicampurkan juga beberapa perkataan yang dituliskan dalam bahasa Cina dalam karangan tersebut. Permasalahan ini pada pandangan saya merujuk kepada bahasa yang kerap atau yang sering digunakan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri ketika berada dirumah. Bukanlah maksud saya tidak boleh mengamalkan bahasa Ibunda mereka sendiri dalam perbualan sehari-hari, tetapi perlu juga mengambil berat terhadap Bahasa Kebangsaan kita, dengan cara mengamalkannya dalam pertuturan sehari-hari serta dalam pergaulan sosial ketika berada diluar rumah. Oleh hal demikian, sekiranya amalan ini dapat dilaksanakan, maka masalah seperti diatas pasti dapat dielakkan.
wow
ReplyDelete