Semalam merupakan Hari Keluarga Persatuan Bahasa Melayu yang mana berlansungnya pelbagai acara yang diaturkan oleh pelajar Bahasa Melayu semester 4. Menarik antara acara yang ada antaranya berlari dalam guni, pijak belon, bowling kelapa, futsal berkain, dan berbagai-bagai lagi. Disini yang menjadi topik saya ialah pada awal berlansungnya berlansungnya sukaneka tersebut. Pengawalan peserta dalam acara sebegini bagi seseorang yang mengetuai sukaneka itu perlulah lebih mahir dan bersikap terbuka. Sikap ramah dan mesra sudah tentu perlu ada dalam diri. Oleh yang demikian, pada awal acara tersebut telah diadakan sedikit senaman ringan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dalaman. Masalahnya timbul apabila arahan yang diberikan tidak jelas dan sememangnya tidak dapat didengari oleh semua perserta kerana tidak menggunakan alat bantu pembesar suara.
Apabila hilang kawalan sedikit, pengerusi mula beremosi dan menggunakan kata-kata yang kurang disenangi dengan nada yang tinggi. Seperti yang dikatakan tadi, kita perlulah lebih mesra bersama peserta lain kerana semua yang terlibat itu hanyalah dari kalangan keluarga persatuan sendiri, PERBAYU dan yang terlibat juga ramai dari kalangan pelajar senior, perkara seperti itu harus dielakkan bagi menjaga keharmonian bersama. Mereka ini adalah pelajar Bahasa Melayu, Oleh itu kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai perlu ditekankan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete