Blog ini saya titipkan pelbagai situasi yang berlaku dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa, dan situasi itu saya sendiri alami atau yang berlaku dihadapan saya. Tujuannya pula saya menulis situasi-situasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman bersama-sama pembaca.
Wednesday, 21 March 2012
Kuliah Sosiolinguistik
Hari ini ingin saya kongsi bersama perkara yang saya alami ketika menghadiri kuliah Sosiolinguistik semalam, pada 21.3.2012 bersamaan hari rabu jam 10 pagi. Situasi ini sangat menarik bagi saya sebenarnya, kerana cetusan idea pensyarah yang mengkehendaki setiap pelajar dalam kalangan kami mengemukakan sebarang golongan kata ganda atau kosa kata bagi dialek sendiri dan dibandingkan dengan bahasa baku. Antara menarik dan masih teringat-ingat diingatan saya ialah 'cekelat angin'. 'cekelat angin' merupakan dialek Kedah yang membawa maksud membuat sesuatu yang sia-sia. Selain itu terdapat juga dialek-dialek lain yang dikemukakan, sebagai contoh dari Kelantan 'manis sengoti' bermaksud sangat manis. Perak pula 'putih siyeh' iaitu bermaksud sangat puith. Kemudian diikuti dengan dialek dari negeri-negeri lain seperti Serawak, Selangor, Johor dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x bleh pun nk follow blog hg
ReplyDelete