Hari ini saya menemui satu lagi situasi yang mana tidak lari permasalahannya dengan bahasa dari segi penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini. Hari ini agak lewat saya mengemaskini blog kerana melaksanakan beberapa perkara, tetapi bukanlah perkara itu menjadi halangan untuk saya terus menemui pelbagai karenah permasalahan tentang bahasa ini. Pada petang tadi saya telah menemui satu gambar keratan akhbar Harian Metro dalam internet yang menceritakan tentang pokok getah yang menimpa sebuah rumah buat kali kedua ketika angin kencang melanda. Namun, sedihnya tajuk topik pada hari itu dieja dengan ejaan demikian 'Pokok getah condong timpa rumah berulang lagi ketika angin kencing'. Pada pendapat saya tidak seharusnya penulis berita melakukan kesilapan seperti ini kerana untuk menjadi seorang penulis secara tidak lansung mereka sudah tahu dan menguasai ilmu tentang bahasa. Oleh hal yang demikian, kesilapan seperti ini tidak seharusnya berlaku. Sikap berhati-hati harus diutamakan semasa membuat sesebuah penulisan.
Blog ini saya titipkan pelbagai situasi yang berlaku dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa, dan situasi itu saya sendiri alami atau yang berlaku dihadapan saya. Tujuannya pula saya menulis situasi-situasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman bersama-sama pembaca.
Wednesday, 7 March 2012
Angin Kencing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment