Monday, 5 March 2012

Ejaan

Hari ini Melihat Bahasa hendak membawa pembaca-pembaca ke satu situasi yang baru sahaja saya sendiri alami, iaitu sudah tentunya berkaitan dengan permasalahan tentang bahasa dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini. Satu hari yang lepas saya bersama rakan-rakan sekuliah menikmati makan tengahari di sebuah kedai makan berhampiran dengan kampus lama UPSI. Mata saya mula memerhatikan persekitaran kedai makan tersebut sehinggalah ternampak keyataan yang dituliskan pada satu kertas manila kad tentang menu makanan iaitu "NASi KUKUS". Ejaan yang hendak digunakan pada dasarnya saya percaya pemilik kedai tersebut mahu menggunakan huruf besar kesemuanya tetapi bukankah huruf besar bagi huruf 'i' ialah 'I'? dan sememangnya menjadi satu kesalahan dengan menggunakan ejaan 'NASi', bukankah yang sebaik dan sebetulnya menulis dengan ejaan 'NASI' ataupun 'nasi'. Pendidikan berkaitan ejaan-ejaan dalam Bahasa Melayu ini sudah diterapkan sejak sekolah rendah lagi, malahan juga prasekolah. Walaupun perkara sebegini dianggap remeh-temeh oleh segelintir pihak, namun dengan masalah kecil inilah yang akan membawa kemerosotan dalam kemajuan bahasa kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Melayu. Oleh yang demikan, penggunaan Bahasa Melayu haruslah diteliti dengan sebaik-baiknya demi menghormati kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

No comments:

Post a Comment