Kelmarin, iaitu pada hari ahad saya dan lima orang rakan keluar ke Kuala Lumpur untuk membeli belah sambil membawa mereka bersiar-siar mengenali bandar ibu kota itu. Memandangkan saya menetap di Selangor jadi saya tahu serba sedikit akan selok-belok jalan disana. Semasa kami berada di KL Sentral untuk membeli tiket supaya dapat menukar haluan ke Jalan Hang Tuah, dua orang rakan saya telah mengalami satu situasi yang kurang menyenangkan. Mereka berdua menunggu diluar sementara kami sedang mendapatkan tiket di kaunter berkenaan. Sedang mereka berdiri menunggu kehadiran kami, tiba-tiba datang seorang lelaki yang kelihatannya seperti seorang pemandu teksi menghampiri lalu meminta sebatang rokok kepada rakan saya, tanpa ada budi bahasa yang sesuai untuk menegur orang lain, tambahnya lagi lelaki tersebut mengatakan kedua rakan saya ini pendatang asing berbangsa 'Madura'. Dalam keadaan yang penuh kesal dan sedih melihat segelintir masyarakat Kuala Lumpur yang cetek budi bahasa ini kedua-duanya kemudian menceritakan kepada kami akan keadaan tersebut. Jika difikirkan semula pemandu teksi tersebut bukanlah remaja tetapi lebih tua usianya berbanding kami. Sekurang-kurangnya adab ketika hendak menyapa atau ingin memulakan komunikasi terhadap orang yang tidak dikenali mestilah diketahuinya walaupun sedikit.
No comments:
Post a Comment