Dalam percakapan seharian kita, kadang-kala kita tidak menggunakan bahasa dengan betul. Kita sememangnya menggunakan bahasa yang dirasakan lebih difahami. Dalam penggunaan kata pemeri, kita juga seringkali salah menggunakannya. Kata pemeri terbahagi kepada ialah dan adalah. Menurut Nik Safiah Karim, kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama.
contohnya:
Bahasa ialah pertuturan yang digunakan oleh masyarakat untuk berinteraksi.
Pertandingan itu adalah sengit.
Menurut Abdullah Hassan, kata pemeri ialah digunakan untuk menyatakan definisi. Manakala kata pemeri adalah digunakan untuk menyatakan atau memerihalkan sesuatu. Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama. Kata pemeri adalah pula boleh hadir di hadapan kata adjektif, kata kerja, dan kata tanya. Oleh itu sebagai penutur bahasa Melayu kita mestilah menggunakan bahasa dengan betul dan baik. Jika kita tidak pasti akan hal tersebut, rujuklah Tatabahasa Dewan.
Blog ini saya titipkan pelbagai situasi yang berlaku dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa, dan situasi itu saya sendiri alami atau yang berlaku dihadapan saya. Tujuannya pula saya menulis situasi-situasi ini adalah untuk berkongsi pengalaman bersama-sama pembaca.
Thursday, 26 April 2012
Wednesday, 25 April 2012
AKRONIM DAN SINGKATAN
Akronim ialah perkataan-perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian kata. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata, atau bahagian-bahagian daripada perkataan.
Akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis;
1) Cantuman huruf awal perkataan.
ADUN - Ahi Dewan Undangan Negeri
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
2) Cantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan
Jentolak - Jentera Tolak
Angkubah - Angka Ubah
3) Cantuman suku kata awal perkataan
Hakis - Habis kikis
Asbut - Asap kabut
4) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
Jurutera - Juru Jentera
Pulihara - Pulih Pelihara
Singkatan pula ialah perkataan yang tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya. Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang. sebagai contoh;
YB - Yang Berhormat
YAM - Yang Amat Mulia
AMN - Ahli Mangku Negara
Dr. - Doktor
Prof. - Prof.
Sdr. - Sdr.
b.p - bagi pihak
s.k - salinan kepada
u.p - untuk perhatian
dsb - dan sebagainya
spt - seperti
Tuesday, 24 April 2012
MAT DERIS KARAOKE
KESALAHAN:
Pelanggaran
hukum Diterangkan dan Menerangkan (D-M) dan kesalahan ejaan.
PEMBETULAN
HUKUM
DM dalam FRASA NAMA
1- (D)
merujuk kepada “Diterangkan” manakala (M) merujuk kepada “Menerangkan” iaitu
sesuatu perkara yang mahu “Diterangkan” harus dinyatakan dahulu sebelum
disusuli perkataan yang “Menerangkan”. Misalnya, apabila kita mahu merujuk
kepada pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan “pisang” sebagai kata
nama yang diterangkan barulah disusuli “goreng” sebagai perkataan yang menerangkan
pisang berkenaan. Maka, susunan frasa yang betul ialah “pisang goreng” bukannya
“goreng pisang” kerana ia merujuk kepada frasa kerja (perbuatan menggoreng
pisang) bukannya frasa nama. Demikianlah halnya dengan perkataan “Mat Deris
Karaoke” dan “Audio Sistem”. Yang hendak diterangkan ialah “Karaoke” dan yang
menerangkannya ialah “Mat Deris”.
Oleh
itu frasa yang tepat ialah:
·
Karaoke Mat Deris bukan Mat Deris
Karaoke
·
Sistem Ausio bukan Audio sistem
2- Perkataan
“UNTOK” tidak terdapat di dalam kosa kata bahasa Melayu. Berdasarkan konteks
penggunaan ayat didalam memo, perkataan “UNTOK” yang sebenarnya hendak
digunakan adalah merujuk kepada kata majmuk pancangan komplemen “untuk”. Oleh
hal demikian, ini merupakan satu kesalahan ejaan.
·
Untuk bukan untok
Monday, 23 April 2012
Santun Bahasa
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu
Friday, 20 April 2012
BM&BI
Papan tanda ini saya temui di Pekan Tanjong Malim, Perak. Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ini ialah menggunakan Bahasa Rojak, iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu
ayat yang sama. Perkataan
“Handphone” merupakan perkataan bahasa Inggeris. Papan iklan di atas merupakan papan
yang mengandungi campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sepatutnya perkataan “Handphone” itu ditukarkan
kepada perkataan bahasa Melayu iaitu “Telefon Bimbit”.
Thursday, 19 April 2012
Pada malam ini, aku
baru sahaja selesai menonton rancangan ulangan Anugerah Bintang Popular di TV3. Semasa
siaran tersebut sedang berlangsung, aku dapati terdapat banyak kesalahan bahasa
yang telah digunakan oleh pengacara
semasa mengendalikan rancangan tersebut. Antara kesalahan bahasa yang dapat
dikenalpasti adalah seperti :
Pemenang bagi
anugerah pelakon tv wanita popular adalah Fasha Sandha.
Pada pandangan saya,
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak seharusnya digunakan sesuka
hati sahaja. Hal ini demikian adalah kerana, penggunaanya haruslah mengikut
hukum tatabahasa yang sebenar. Sebagai contoh, kata pemeri ialah haruslah digunakan sebelum kata nama sahaja. Oleh itu,
pembetulan bagi ayat di atas adalah seperti berikut: Pemenang bagi anugerah pelakon tv wanita popular ialah Fasha Sanda. Kata pemeri ialah digunakan kerana perkataan selepasnya terdiri daripada kata
nama.
Wednesday, 18 April 2012
Mengejalah dengan betul!
Dalam
kosa kata bahasa Melayu tidak terdapat perkataan “Perabut” seperti yang
terpapar pada papan iklan sebuah syarikat dalam gambar diatas. Perkataan
“Perabut” itu sebenarnya merujuk kepada perkataan “Perabot” iaitu dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat(2011:1177) yang bermaksud alat perkakas seperti alat
perkakas rumah, meja, kerusi, langsir, kipas dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, kesalahan yang dihadapi ialah kesalahan ejaan.
- PERABOT BUKAN PERABUT
Subscribe to:
Posts (Atom)



