Tuesday, 27 March 2012

Kesalahan Ayat Larangan




       Gambar diatas menunjukkan satu papan tanda yang dilekatkan pada pintu bilik dengan tujuan melarang seseorang dari menggunakan telefon bimbit sekiranya hendak memasuki bilik tersebut. Ayat yang dinyatakan pada papan tanda larangan itu telah menunjukkan kesalahan bahasa yang sangat besar dan jelas. Antara kesalahan yang dilakukan dalam ayat tersebut antaranya ialah kesalahan ejaan, campuran bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu, kata majmuk dan imbuhan yang hadir dalam kata dasar 'guna'. ayat tersebut boleh dibetulkan dengan menggunakan ayat seperti berikut: Dilarang menggunakan telefon bimbit.

         'PHONE TANGANG' yang hendak dimaksudkan sebenarnya ialah telefon tangan. Bagaimanapun, kata majmuk itu masih lagi menyalahi tatabahasa dalam bahasa Melayu, oleh itu untuk kata majmuk yang sesuai ialah 'Telefon Bimbit'. Telefon bimbit dalam Kamus Dewan bermaksud telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang, hal ini sesuai dengan gambar yang dipaparkan bersama.

Monday, 26 March 2012

Perbandingan Dialek Selangor dan Bahasa Standart


Perbandingan antara dialek Selangor dengan Bahasa Standart

            Terdapat tiga ciri utama yang membezakan antara dialek Selangor Barat dan Bahasa Standart iaitu dari segi penyebutan “h”, pengguguran “h” akhir kata, dan perwujudan urutan “ar” akhir kata dalam dialek-dialek itu.

i)                    Pertama, dari segi penyebutan “h” awal kata. Dalam dialek Selangor “h” digugurkan dalam konteks penyebutan sesuatu perkataan yang berkenaan, sedangkan dalam bahasa Standart konsonan “h” ini dipertahankan. Sebagai contoh boleh dilihat pada contoh-contoh perkataan seperti berikut.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
              ari
              Hari
             ijaw
             Hijau
             itam
             Hitam
             ati
              Hati

ii)                  Kedua, pengguguran “h” pada akhir kata yang didahului oleh “o” dalam dialek Selangor tetapi gejala ini tidak berlaku dalam bahasa Standart.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
             tujo
            Tujuh
            sǝnto
           Sǝntuh
            gado
           Gaduh
             jato
            jatuh

iii)                Ketiga ialah mengenal perwujudan urutan “ar” akhir kata dalam dialek-dialek itu. Dalam subdialek Selangor Barat, pengguguran “r” menimbulkan diftong pada “a”.

Selangor Barat (SB)
Bahasa Standard (BS)
bǝsa
bǝsar
ula
ular
paga
pagar

Kajian terhadap dialek Selangor ini boleh juga dijalankan mengikut konsep-kosep tertentu iaitu sama ada konsep menghitung, konsep bilangan, konsep saiz dan bentuk, konsep masa, konsep warna, konsep rasa, konsep hidup lawan tidak hidup, dan konsep laki (jantan) lawan perempuan (betina). Hal ini disebabkan dalam setiap dialek mengikut negeri masing-masing terdapat beberapa perbezaan dari segi konsep-konsep tersebut dan mempunyai ciri-ciri maksudnya yang tersendiri. Walaupun masih mempunyai perbezaan antara dialek-dialek ini namun hampir semua perkataan-perkataan yang digunakan sama maksudnya. Kajian telah pun menemuramah seorang penutur asli dialek Selangor dan diminta untuk menyebut beberapa perkataan yang disediakan berdasarkan konsep-konsep yang dikaji. Temuramah juga telah pun direkodkan sebagai bukti dalam kajian ini. Konsep yang dipilih ialah konsep warna dan konsep rasa.

Konsep warna
            Dialek Selangor mempunyai beberapa warna utama iaitu warna asas dalam melabelkan sesuatu benda seperti warna merah, biru, hijau, hitam, putih, oren(jingga), kuning, dan cokelat. Warna-warna ini menjadi persepsi bagi orang-orang Selangor. Walau bagaimanapun tiap-tiap kata nama mempunyai tambahan-tambahan yang dikaitkan kepada bunga-bungaan, buah-buahan, peredaran waktu, ruang, sifat kecairan atau kepekatan, mahupun dikaitkan juga dengan sifat usia manusia seperti muda dan tua tetapi hanya beberapa warna sahaja yang terlibat dalam tambahan-tambahan ini. Hal ini sekadar untuk menyatakan kelainan-kelainan pada warna itu serta memberi gambaran sifat sesuatu warna itu dengan lebih tepat dan jelas. Warna-warna ini juga berkemungkinan mempunyai kata-kata khusus dalam dialek lain. Sebagai contoh;

i)                    Warna Merah
Dialek Selangor
Bahasa standard
merah jambu
merah jambu
merah pǝkat
merah pekat
merah cae
merah cair
merah tuǝ
merah tua
merah mudǝ
merah muda
merah mǝɲalǝ
merah menyala

ii)                  Warna Biru
Dialek Selangor
Bahasa standard
biru pǝkat
biru pekat
biru cae
biru cair
biru tuǝ
biru tua
biru mudǝ
biru muda
biru laut
biru laut

iii)                Warna Hijau
Dialek Selangor
Bahasa standard
ijaw pǝkat
hijau pekat
ijaw cae
hijau cair
ijaw tuǝ
hijau tua
ijaw mudǝ
hijau muda

iv)                Warna Kuning
Dialek Selangor
Bahasa standard
kuniŋ pǝkat
kuning pekat
kuniŋ cae
kuning cair
kuniŋ tuǝ
kuning tua
kuniŋ mudǝ
kuning muda
kuniŋ laŋsat
kuning menyala

v)                  Warna Hitam
Dialek Selangor
Bahasa standard
itam pǝkat
hitam pekat
itam cae
hitam cair
itam lǝgam
hitam legam


vi)                Warna Putih
Dialek Selangor
Bahasa standard
puteh mǝlǝpaʔ
putih melepak
puteh  gǝbu
putih gebu


Konsep rasa

            Dialek Selangor tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan dialek-dialek negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, mahupun dialek kedah dalam perkataan yang melambangkan rasa sesuatu benda, begitu juga dengan beberapa dialek di negeri lain. Dalam dialek Selangor terdapat lapan jenis perkataan yang menggambarkan rasa sebagai contoh, manis, masam, pahit, pedas, kelat, masin, tawar, dan payau. Berdasarkan perkataan-perkataan ini hanya enam sahaja yang merupakan asas bagi kata rasa dalam dialek Selangor iaitu manis, masam, pahit, masin, pedas, dan tawar.

            Rasa kelat menggambar gabungan dari dua rasa iaitu, rasa masam dan pahit. Perkataan rasa kelat ini wujud kerana terdapat kelainan rasa dalam lidah orang Selangor yang seakan-akan dapat merasai kedua-dua jenis rasa itu hadir bersama apabila merasai sesuatu benda. Rasa kelat ini hadir contohnya, pada seseorang yang memakan buah mangga muda dan masih bergetah. Untuk menggambarkan rasa yang lebih tepat penutur-penutur dialek Selangor telah menggunakan perkataan lain iaitu kelat. Demikian juga halnya dengan rasa payau iaitu yang memperlihatkan rasa tawar ke rasa masin digabungkan dengan rasa kelat. Rasa payau ini boleh digambarkan seperti rasa air sungai.

i)                    Masam      +          pahit                                       =          kelat
ii)                  Tawar                   +          masin              +          kelat    =          payau

Dalam dialek Selangor tidak banyak perkataan yang terdapat untuk  melambangkan darjat kesangatan dalam rasa-rasa yang sedia ada seperti mana yang diperolehi oleh dialek-dialek negeri lain. Sebagai contoh, dalam dialek Kedah untuk mengatakan bahawa rasa sesuatu itu sangat masam dilambangkan dengan kata masam cuak ( cuãʔ ), masin pahit untuk sangat masin dan pahit bedengung iaitu sangat pahit. Dialek Selangor hanya mempunyai satu sahaja kata sifat yang didukung oleh kolokasi dengan kata-kata lain iaitu tawar meleseh. Kata meleseh tidak mempunyai makna jika berdiri sendiri dan tidak pernah juga digunakan di luar konteks tawar. Kata meleseh hanya wujud dalam kolokasi dengan tawar sahaja iaitu boleh dikatakan mendukung konteks kesangatan. 

Perkataan yang menunjukkan rasa seperti masam, manis, masin, pahit, kelat, payau, dan pedas tidak mempunyai sebarang kolokasi dengan kata lain seperti yang terdapat pada rasa tawar iaitu tawar meleseh. Untuk perkataan selain daripada kata tawar ini telah menggunakan kata pembenda “-nya” untuk menunjukkan darjat kesangatan itu. Kata pembenda merupakan perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai kata nama, contohnya; “Datangnya secara mendadak”, tetapi konteks penggunaan kata pembenda “-nya” telah diperluas dalam dialek Selangor, iaitu boleh bertugas sebagai kata penguat yang membawa maksud “kesangatan”. Dan lain pula maknanya jika digandingkan bersama kata rasa.

Kata pembenda “-nya” bertugas sebagai kata penguat yang menggambarkan darjat “kesangatan” jika digandingkan bersama kata sifat rasa dalam dialek Selangor. Lihat pada contoh dibawah;

                 Bahasa Standard
                 Dialek Selangor
           /#  manisnya air tebu ini! #/
           /# manisnye air tǝbu ini! #/

      Dalam ayat diatas kata -nya menggambarkan darjat kesangatan yang menunjukkan bahawa air tebu yang diminum itu sangat manis rasanya. Begitu juga maknaya jika digandingkan dengan kata rasa yang lain seperti masin, pahit, kelat, payau, dan pedas. Dalam hal ini kata tawar juga kadangkala digandingkan bersama kata pembenda -nya jika tidak menggunakan perkataan meleseh. Walau bagaimanapun makna yang didukung adalah sama sahaja antara kedua-duanya iaitu menggambarkan sesuatu benda itu sangat manis rasanya.


Dialek Selangor
Bahasa Standart
manis
manis
masen
masin
masam
masam
pǝdas
pedas
kǝlat
kelat
payau
payau
pait
pahit
Tawa
tawar
tawa mǝleseh
tawar meleseh

Friday, 23 March 2012

Karangan Bahasa Melayu


Perkara yang hendak saya ketengahkan pada hari ini ialah tentang penulisan karangan Bahasa Melayu bagi pelajar bukan berbangsa Melayu seperti bangsa India dan Cina khususnya di sekolah rendah. Bahan ini saya perolehi melalui laman sosial 'Facebook' yang dimuatnaikkan oleh rakan-rakan. Seperti yang saya tunjukkan gambar diatas ialah contoh karangan Bahasa Melayu yang dituliskan oleh seorang pelajar berbangsa Cina. Pada perhatian saya karangan diatas bukan sahaja salah dari segi tatabahasa, kosa kata dan ayat yang tidak gramatis, tetapi telah dicampurkan juga beberapa perkataan yang dituliskan dalam bahasa Cina dalam karangan tersebut. Permasalahan ini pada pandangan saya merujuk kepada bahasa yang kerap atau yang sering digunakan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri ketika berada dirumah. Bukanlah maksud saya tidak boleh mengamalkan bahasa Ibunda mereka sendiri dalam perbualan sehari-hari, tetapi perlu juga mengambil berat terhadap Bahasa Kebangsaan kita, dengan cara mengamalkannya dalam pertuturan sehari-hari serta dalam pergaulan sosial ketika berada diluar rumah. Oleh hal demikian, sekiranya amalan ini dapat dilaksanakan, maka masalah seperti diatas pasti dapat dielakkan.

Thursday, 22 March 2012

Satu kata, satu dunia

Semalam 18/3 saya menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Inggeris di antara pasukan Manchester United dan pasukan Wolverhampton. Perlawanan yang sangat menghuburkan itu berakhir dengan kemenangan lima gol berbalas kosong di pihak pasukan Manchester United. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkenaan sorakan para penonton apabila pemain menjaringkan gol. Di tempat saya menyaksikan perlawanan tersebut, terdapat pelbagai bangsa yang turut sama menyaksikan dan bersorak. Apabila pemain menjaringkan gol, semuanya bersorak satu perkataan yang sama iaitu ‘gol’.




Sukan bola sememangnya penyatu masyarakat penonton diseluruh dunia. Hal ini dapat dilihat ketika pasukan yang disokong mendapat jaringan gol, dan sorakan 'GOL....................!!!!!!!!' akan mengegarkan dimana sahaja kawasan yang menjadi tempat atau lokasi mereka berkumpul bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat.

Wednesday, 21 March 2012

Kuliah Sosiolinguistik

Hari ini ingin saya kongsi bersama perkara yang saya alami ketika menghadiri kuliah Sosiolinguistik semalam, pada 21.3.2012 bersamaan hari rabu jam 10 pagi. Situasi ini sangat menarik bagi saya sebenarnya, kerana cetusan idea pensyarah yang mengkehendaki setiap pelajar dalam kalangan kami mengemukakan sebarang golongan kata ganda atau kosa kata bagi dialek sendiri dan dibandingkan dengan bahasa baku. Antara menarik dan masih teringat-ingat diingatan saya ialah 'cekelat angin'. 'cekelat angin' merupakan dialek Kedah yang membawa maksud membuat sesuatu yang sia-sia. Selain itu terdapat juga dialek-dialek lain yang dikemukakan, sebagai contoh  dari Kelantan 'manis sengoti' bermaksud sangat manis. Perak pula 'putih siyeh' iaitu bermaksud sangat puith. Kemudian diikuti dengan dialek dari negeri-negeri lain seperti Serawak, Selangor, Johor dan lain-lain.

Tuesday, 20 March 2012

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Pengaruh bahasa SMS atau Sistem Pesanan Ringkas amat membimbangkan semua pihak. Budaya ini bukan lagi suatu perkara yang baru, malah telah lama mempengaruhi budaya masyarakat kita. Namun, penggunaannya yang semakin meluas amat merungsingkan. Semua pihak sebenarnya menyedari bahawa penggunaan bahasa SMS memudaratkan bahasa Melayu itu sendiri, namun ramai yang menganggap perkara ini sesuatu yang remeh-temeh. Saya sendiri saban hari menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan hanya dengan menggunakan singkatan yang tertentu. Misalnya,

'kat ne jal?'
'Cett..ak pn nek n wan..kodri ad kn..'
"A'ah.y xthny..xnk dgr ckp ak.ak ckp dy clp send. dy kte xdeny clp3..

Monday, 19 March 2012

Hari Keluarga Bahasa Melayu

Semalam merupakan Hari Keluarga Persatuan Bahasa Melayu yang mana berlansungnya pelbagai acara yang diaturkan oleh pelajar Bahasa Melayu semester 4. Menarik antara acara yang ada antaranya berlari dalam guni,  pijak belon, bowling kelapa, futsal berkain, dan berbagai-bagai lagi. Disini yang menjadi topik saya ialah pada awal berlansungnya berlansungnya sukaneka tersebut. Pengawalan peserta dalam acara sebegini bagi seseorang yang mengetuai sukaneka itu perlulah lebih mahir dan bersikap terbuka. Sikap ramah dan mesra sudah tentu perlu ada dalam diri. Oleh yang demikian, pada awal acara tersebut telah diadakan sedikit senaman ringan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dalaman. Masalahnya timbul apabila arahan yang diberikan tidak jelas dan sememangnya tidak dapat didengari oleh semua perserta kerana tidak menggunakan alat bantu pembesar suara.
Apabila hilang kawalan sedikit, pengerusi mula beremosi dan menggunakan kata-kata yang kurang disenangi dengan nada yang tinggi. Seperti yang dikatakan tadi, kita perlulah lebih mesra bersama peserta lain kerana semua yang terlibat itu hanyalah dari kalangan keluarga persatuan sendiri, PERBAYU dan yang terlibat juga ramai dari kalangan pelajar senior, perkara seperti itu harus dielakkan bagi menjaga keharmonian bersama. Mereka ini adalah pelajar Bahasa Melayu, Oleh itu kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai perlu ditekankan.